Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ukhwah itu indah jika penyatuan itu disandarkan kepada Allah SWT semata. Tiada seorang pun manusia dapat hidup bersendirian walaupun dunia itu dia yang punya. Walau segalanya cukup sempurna, manusia inginkan sebuah ukhwah. Kerana di situlah fitrahnya manusia dijadikan. Bukan berseorangan tetapi berdua. Bukan bersendirian tetapi berpasangan. Asas inilah yang harus kita percaya bahawa manusia tidak akan sempurna tanpa sebuah ukhwah, kerana tanpa ukhwah iman itu tidak akan sempurna.
ukhwah juga penting kerana ianya turut membangunkan sahsiah dan pembangunan diri seseorang...kan??
ReplyDeletebetull!
ReplyDelete