DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana
mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan . Sekolah (Nama
Sekolah)
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati
majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada
para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di
sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan
mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang
sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan
dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan
yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan
sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas
pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang
akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan
prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis
anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar
lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا
خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ
اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ
رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Mohon copy n save ye doa ni, terima kasih admin
ReplyDelete