DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami
pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi’a
al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan
dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami
lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon
padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau
lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman
Ya Rahim,
Hanya padaMu kami
mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan.
Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat.
Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada
agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ
تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ
مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا
خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ
اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ
رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya
Rahim,
Terangilah hati kami
dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu
selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim
Ya Halim,
Kami pertaruhkan
kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula
kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa
kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam,
lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati
kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh
apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami
rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri
kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,
اللَّهُمَّ لاَ
سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ
سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ
لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
No comments:
Post a Comment