DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami
berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam
seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan
lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan
usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah
hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga
ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu
pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ
تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ
مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا
خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ
اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ
رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
tksh cikgu...saya mohon pakai doa pibg ini ya...wslm
ReplyDeleteizin menggunakannya
ReplyDeleteMinta izin gunakan ye.. Barakallahu fiik
ReplyDeletemohon izin guna ye..
ReplyDelete